Johan Jaafar si pengacara Bicara Semasa dan apa itu… Debat Siswa? adalah satu figura yang sangat aku meluat dengannya. Tapi aku suka dengan Johan Jaafar si penulis itu. Adakah mereka orang yang sama?
Hari ini beliau menulis tentang buku. Adakah Internet dan e-buku bakal menamatkan jangka hayat buku tradisional? Aku rasa tidak. Pengalaman membaca buku adalah sama sekali berbeza dengan membaca di skrin komputer. Jauh berbeza. Buku ada rasa, bau, dan chemistrynya yang tersendiri dengan si pembaca. E-buku dan komputer tidak akan sekali-kali berjaya menggantikan peranan buku dalam kehidupan peminat buku, sekurang-kurangnya untuk aku. Apa kata kalian?
Aku bukan tidak pernah mencuba membaca e-buku. Pernah. Beberapa tahun lalu aku menjumpai satu laman yang menyediakan kemudahan muatturun banyak buku yang popular. Aku sempat memuatturun buku-buku Dan Brown yang sedang hangat pada masa itu, termasuk The Da Vinci Code. Tidak mengejutkan, jangka hayat laman itu tidak lama, kerana melibatkan masalah hakcipta. Aku hanya sempat membaca dua bab The Da Vinci Code secara elektronik, kemudiannya terus mencari buku yang sebenar dan menghabiskannya. Sekali lagi aku rasa, e-buku tidak akan sekali-kali dapat menggantikan tempat buku di hati pembaca seangkatan dan lebih tua dari aku. Muda-mudi, aku tidak pasti. Apa pendapat kalian?
Tiga hari lalu, Globe and Mail membuat kesimpulan ini dalam reviunya terhadap Sony e-Reader:
Technologically, perhaps. The Sony Reader PRS 505 is, compared to most of its competitors, small, capable of storing whole libraries, thin (15 mm, including its soft front and back leather-like covers), light enough (337 grams) to hold for a long period of time without fatigue, and ultimately really cool-looking. And the number of books being released is growing every day.
In short, wow.
But it still doesn’t supersede or even match the experience of reading a traditional book. In fact, it can be argued that technologically, the PRS 505 and all digital readers are still far behind the technology that has been stuffed into books made from paper since Gutenberg turned the crank on his press in 1454. Although Gutenberg never used semiconductors, an awful lot of very real technology has been poured into books during the half-millennium before the digital revolution.
Jadi aku tidak bimbang. Buku dalam bentuknya yang tradisional itu, adalah seperti kata orang putih, is here to stay! Sekurang-kurangnya, dengan buku, aku tidak pernah mengalami seperti dalam gambar dibawah (kecuali ada laman yang dikoyak Adam).
(Sumber: Why I Love Books: Reason #404)
Popularity: 2% [?]
Kata Hisham Rais, pertarungan akhirnya ialah antara













Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah.
Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com